Assalamualaikum..heheh long time no see sume dalam blog saya, since 2014 September aku berada dalam semester 3 ni terlalu banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya, tapi disebabkan terlalu banyak keje dan tanggungjawab, aku tangguhkan niat nak bercerita dalam blog aq yang dah bersawang ni..muehehehe..untuk sem ni tempat yang aq travel dan sempat pergi adalah Songkla dan Hatyai Thailand.Sebenarnya plan travel ni last minute, oleh sebab waktu tu cuti pertengahan semester yang terlalu lama, pastu dengan ade aktiviti panjat daki Gunung Gajah Terom, cuti pertengahan semester banyak lagi.Jadi ape lagi waktu ni lew nak berjalan.Pergi Thailand ni pun sebab housemate aq si Via tu ade coursemate dia member Thailand, Rachanawan namanya, jadi dia lah yang jadi tourist guide kitorang sepanjang kat Thailand ni.Jimat pun jimat sebab kitorang tumpang tido rumah member rachanawan di Songkla, Thailand.Seronok memang seronok sebab dorang ni kaki berjalan, jadi banyak tempat yang kitorang dapat pergi.
Selepas balik dari penggembaraan Thailand aku, aku dapat khabar berita yang aku terpilih dalam program Exchange Student di USA.Pergh waktu tu, macam excited bak hang.Bukan senang kot dapat peluang macam ni.Sebabnya waktu temuduga dengan pensyarah TESL, aq kene condemn bak hang kaw2 punya condemn, sampai tahap aq macam pasrah.Even dalam hati panas jew kene marah, tapi aq cuba behave and respect pensyarah yang interview tue.Seriusly, waktu tue baru aq sedar waktu tue mungkin dia nak tengok attitude kita bila kene condemn, mueheheh think positive.Alhamdulillah sekali lagi, semuanya ditanggung pihak UPSI include penginapan di host instution, makan dan kecuali duit shopping dan berjimba2.
Nak uruskan proses exchange student ni bukan hal yang mudah, almost take banyak masa nak settlekan satu-satu.Nak2 yang dapat kat USA, ha ngadap ko nak kene buat VISA USA pun kene interview ok.Waktu tu macam2 gak dia tanya, nape nak g sana, nak belajar apa kat sana, n last dia akan cakap have fun at USA.Itu jew.Ok, lupa nak cakap aq dapat dua tawaran iaitu Benedictine college di Kansas dan Edgewood College, Madison,Wisconsin USA.Oleh sebab, Edgewood college adalah offer yang kedua, that's why aq ditempatkan di Edgewood College.Sebabnya memang pilihan pertama aq letak Benedictine college, sebab university banyak tawarkan program aq kat sane iaitu Biology dan Fizik..sebab aq major in Biology dan minor in Fizik.Benedictine college one of the institution yang susah nak masuk.Tapi xpe still bersyukur dengan apa yang aq dapat, iaitu Edgewood College.Hati aq sekarang ni berdebar sebab lagi berapa hari jew lagi aq akan berangkat.Sekarang ni minggu exam, dan perasaan aq diantara x sabar nak habis exam dan berdebar nak belajar di tempat baru.Oh ya, dari UPSI untuk semester ni hanya 6 orang sahaja terpilih untuk mengikuti program ISEP ni.4 orang dari teman satu kos aq iaitu student biology, dan 2 orang dari student special education.Kami ditempatkan di lain2 universiti.Macam aq di Wisconsin, mimi dan hana di University of Southern Indiana, Athira dan Natalie di University of North Carolina dan sorang lagi di University of Kinnousori,Minnesota kalo x silap la.yang penting kitorang sume jauh2 bak ang.Paling awal flight dorang 5 januari 2015 dan paling terakhir ialah flight aq pada 13 Januari 2015 dan aq akan fly sorang2.Pergh seram bak ang....doakan kami supaya segalanya dipermudahkan ya.. :)
Nanti aq citer lagi pasal ISEP NI ya :)
Ini transport yang dikenali sebagai TUK-TUK..murah j naik ni mcm naik bas la kalo kat Malaysia
Tang Kuan Hiltop, Thailand
Sheep farm, Malaysia pun ade...
Ini email yang tawaran aq dapat dari host institution aq..
Last but not least,mesti korang tertanya nape aq ramai kawan2 international semester ni kan,padahal belum gi USA lagi kan,sebabnya aq merupakan Exco perhubungan Awam dan Antarabangsa Kolej Aminuddin Baki sesi 2014/2015 Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, oleh sebab itu aq lebih rapat dengan student international kerana waktu orientasi pelajar international aq dan partner exco aq, Hafizi ditugaskan untuk conduct ape2 yg berkaitan pelajar international activities or problem.Nice moment mengenali dorang, level confidence aq nak cakap omputeh pun ade la sikit naik daripada dulu xd confident nak cakap sebab takut kene condemn.Tapi bila kene berinteraksi denga omputeh aq hembus j pun dorang still faham.kira ok lah tue kan..muehehhe..
Exhange student yang belajar di sini
ini anak2 K-POP saya.even dorang banyak karenah tapi sakit perot kalo kenekan dorang.
Seok Jae, Yang Dain dan Kwang il.Sorry sebab selalu mengenakan korang ye anak2 KPOP ku :)
98 % da settle, tiket sume da settle dan next 2 weeks aq da fly pada 13 Januari 2015 jam 9.30 Pagi.
Doakan segalanya dipermudahkan ya Kawan2..
Bye :)
Comments
Post a Comment